Sukan Remaja (SURE) Zon Selatan pada 17-18 Oct ‘09

Laporan Berita No Comments »
Salam,
InsyaAllah KRJ Johor telah dilantik oleh JKPRB Pusat
untuk menjadi tuan rumah bagi
Sukan Remaja (SURE) Zon Selatan  pada 17-18 Oct ‘09.
Ahli KRJ & penggerak remaja bolehlah blok tarikh ini ye.
Nantikan hebahan seterusnya


Pak Im @ Halim Ali

Perkembangan anak YDP JIM Muar

Laporan Berita No Comments »

Salam,
Untuk makluman ikhwah/akhawat semua, Alhamdulillah, keadaan Husna Izzati semakin pulih. Bilangan platlet semakin meningkat, dan yg terkini sudah mencecah 122,000 (normal 150,000-400,000). Demam sudahpun surut dan infusi air dijangka akan dihentikan pada hari ini. Walaubagaimanapun beliau perlu tinggal di wad untuk beberapa hari lagi untuk meneruskan intravenous antibiotik.
Semoga beliau terus pulih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, InsyaAllah.

Dr Halim
JIM Muar

Pedoman AlQuran 86

Laporan Berita No Comments »

Jauhilah syirik, mempersekutukan Allah dengan sesuatu.  Ini dosa yang tidak akan diampunkan.  Dosa-dosa lain akan diampunkan Allah bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
[Surah Annisa':116]

Perkembangan anak YDP JIM Muar

Laporan Berita No Comments »

Salam,
Anak YDP JIM Muar (Akh Abdullah Shahid) iaitu Husna Izzati telah dimasukkan ke wad 10 Hospital Sultanah Fatimah Muar kerana demam selama 2 hari.
Berdasarkan keadaan klinikal dan disokong oleh keputusan pemeriksaan darah (low platlet count),beliau telah dirawat sebagai demam denggi. Sepanjang 5 hari keadaan beliau agak stabil walaupun keputusan pemeriksaan darah platlet masih belum normal. Sepanjang tempoh tersebut,pemeriksaan darah dijalankan setiap 4 jam.
Namun begitu semenjak semalam keadaan beliau semakin membimbangkan. Beliau mengalami muntah-muntah dan suhu badan meningkat dengan mendadak sehingga pagi tadi 40.5 degree celcius. Pagi tadi ana sempat berbincang dengan pakar (Dr Ibrahim)yang merawat beliau. Mereka mengesyaki beliau juga mengalami jangkitan kuman sekunder (secondary infection) selain masalah demam denggi. Kemungkinan besar jangkitan kuman pada saluran pernafasan ataupun paru-paru.
Rawatan antibiotik telah dimulakan dan ditambah dengan ubat untuk meningkatkan tekanan darah beliau yg agak rendah.
Sehingga petang ini,keadaan beliau masih belum banyak perubahan. Paras platlet 53,000 dan masih demam.
Marilah bersama-sama kita mendoakan supaya Allah swt memberikan kekuatan dan kesabaran kepada Akh Abdullah dan Ukt Jamilah serta kesembuhan kepada Husna Izzati.

Dr Abdul Halim
JIM Muar

Salaam,

Ana, zaujah dan akh Azamuddin sempat ziarah tengahari tadi. Berjumpa dengan ukht Jamilah (zaujah akh cikgu Abdullah) yang sedang menjaga adik Husna. Ukht Dr.Norlaili (isteri akh Dr.Halim) juga turut menjenguk. Kelihatan adik Husna terlantar tak bermaya dan makan hanya sedikit. Menurut akh Dr.Azman keadaan adik Husna tak berapa baik dan sedang cuba untuk memindahkan ke wad ICU tapi malangnya wad ICU penuh.

Mohon ikhwah/akhawat sekalian panjatkan doa moga Allah memberi kesembuhan dengan kadar segera kepada anakanda Husna Izzati dan memberi kesabaran kepada keluarga duat ini.. Moga munajat antum di bulan barakah ini dimakbulkan Allah..

Abu Syaheed,

JIM Muar.

Ibu Dr Norkhair Ibrahim Meninggal

Laporan Berita No Comments »
Salam,
Ingin di maklumkan bahawa ibu kepada akhi Azmi Khair Ibrahim & juga ibu mertua kepada ukhti Rozana meninggal dunia kira-kira jam 12 tengahari tadi. Jenazah akan di kebumikan selepas asar.
Alamat nya: No 40 Jalan Besar, Taman Desa Minang, Gombak
Wassalam
Zainal Adnan

PRESIDEN DAN SUA DI IKIM.FM

Laporan Berita No Comments »

Assalamu’alaykum

Alhamdulillah selain dari sesi kenyataan media Rayuan Ramadan pagi ini, sukacita dimaklumkan bahwa Presiden + SUA akan ke udara di Radio IKIM dlm slot agenda ummah ptg ini jam 3 ptg.

Dijangka pengacaranya adalah Mazlina Alias dan kebiasaannya slot ini akan berpanjangan selama 30- 45 minit.

Jzkk di atas makluman. Elok sebarkan kepada rakan-rakan yg ingin mengenali JIM jua.

SATIRA Ramadhan

Laporan Berita No Comments »

SATIRA Ramadhan
Didalam perut manusia terdapat 3 rakan karib yang selalu berkerjasama dalam melakukan kerja harian , mereka ialah Enzim, Asid, dan Bakteria. Manakala didalam paru-paru pula, Alveoli merupakan komuniti terbesar yang bertugas membuang karbon dioksida dan membekal oksijen. Mari kita belajar sesuatu dari kisah kehidupan mereka sepanjang bulan Ramadhan.

Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercampur ayam goreng yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.
Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya. “ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!. Enzim dan Bakteria terpinga-pinga. “ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid. “ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.
“ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.
Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.
Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja. “ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.
Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi, “ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi! Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!
Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.

Read the rest of this entry »

The Ukhuwah

Karya Aktivis 1 Comment »
Salam,
True enough that Ramadhan opened all the gates of kindness.
Semalam kami beriftaar bersama Hj Hafidz dan Hjh Helena sekeluraga.  They travelled all the way from Kulai to Batu Anam, iftaar at our place and performed their terawih at Masjid Batu Anam and drove back at 11:00pm the same night.  I am not going to elaborate how scrumptuos their home-made nasi beriyani, in respect most of us who are fasting today.
It is through their warm gestures, kindness and love that Ipin and I learnt the deeper meaning of ukhuwah.  A tear or two was shedded when Ipin and I called off the day last night thinking we might not able to do the same to them  in return.  Ipin was the most touched.  I guess, when you are sick, you will get easily  overwhelmed  even a dust of empathy and warmth bestowed upon you.
Alhamdulillah, since we moved here, we received unexpected guests.  It is not like we met all the new people.  It is all the regular people we dealt while we are still  in Skudai. Hj Hafidz and family visited us 5 times in the period of 8 mths,  Hisham Walat visited us twice in the period of 6 mths, Ustaz Hasanuddin came over last week, akhi Khairuddin of Kak Norlia dropped by once, Kak Arfah, Alang, Pak Long, Fida, Achid and few more names we can’t recall. Betullah pantun orang tua-tua..bila jauh rindu-rinduan.
And in Allah’s grace, we are blessed with the warm ukhuwah of Pak Long and Mak Long of Kersani.  He did treatment to Ipin 4 times and we can feel how they both  actually treated us like an adik who need the extra care and love from a big brother and big sister.    That really lifted some of our anxieties in facing this turbulence.
We still have 29 days of  Ramadhan, so, which friendship you wish to renew in this Ramadhan?
Azizah &Ariffin
Batu Anam,
Segamat

Sangseagull yang menari…

Karya Aktivis No Comments »

Sangseagull yang menari…

Allah Akbar!! Ramadhan datang lagi…

tamu tahunan yg dirindui lagi di nanti2…kesyahduan melodi…

melodi ramadhan bergemersik di hati,

di tiap untaian urat2 nadi,

di tiap kelipan mata yg masih diizin Rabb utk berbakti buat diri..

hati kecil ku menari…

menari riang…seriang seagull yg sentiasa menghiasi langit Bristol ini…

dgn kuakan sayap putih, terhibur musafir ilmu yg dhaif ini…

Tiap pagi ku daki tanah tinggi Bristol dlm laluan ilmu yg berduri ..

sangseagull lah yg setia menemani

dan sangseagull lah yg memahami

Read the rest of this entry »

Tahniah Wanita JIM JB

Laporan Berita No Comments »

Salam,

Tahniah Wanita JIM JB yang menyahut seruan JIM Media untuk menjual buku Buyutuna fi Ramadhan. Mereka telah mengambil satu kota (100 naskah), dan telah mula menjual di SMK Taman Universiti semasa program Semarak Ramadhan (ceramah Us Rifki). Sebanyak 40 buah telah terjual!
Mana-mana sekolah atau masjid atau pejabat buat Pgrm Semarak Ramadhan, pastikan jual buku Buyutuna fi Ramadhan.
Wassalam
Nordin