Saya ingin berkongsi satu laluan yang sering diabaikan oleh pelajar-pelajar kita walaupun ia sangat berpotensi.
Laluan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sesuai bagi pelajar-pelajar yang berminat di bidang pengajian Islam. STAM boleh diambil oleh semua pelajar yang lulus SPM, setelah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar yang diajar di sekolah sekolah menengah kerajaan, sekolah agama rakyat, kolej-kolej kerajaan negeri atau kolej-kolej swasta.
Berikut petikan dari blog Ustaz Abdul Halim Abdullah mengenai laluan ini:
http://inijalanku.wordpress.com/about/diary-1989-1997/cara-ke-mesir-utk-belajar/
“Ramai yang bertanya saya tentang pengalaman saya belajar Pengajian Islam di Mesir, terutama setelah saya tamat pengajian di bidang kejuruteraan. Tidak kurang mereka yang tertarik untuk mengikut jejak langkah saya belajar di sana . Di sini saya berikan panduan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung atau memulakan pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.
- Sebaik tempat belajar pengajian Islam ialah di Universiti Al-Azhar dan dimana-mana sahaja cawangannya samada di Kaherah, Iskandariah, Damanhur , Mansurah, Dimyat, Shibin Kom dll. Adapun belajar di pusat-pusat bahasa, Dirasat Khassah dan lain-lain adalah untuk menguatkan Bahasa Arab seseorang tetapi akhirnya hendaklah beliau berusaha untuk masuk Universiti Al-Azhar juga.
- Seseorang tidak boleh masuk Universiti Al-Azhar melainkan setelah memiliki salah satu dari 2 sijil iaitu (i) Sijil STAM (masuk ke Tahun 1 Al-Azhar), atau (ii) Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar masuk ke Tahun 3 Al-Azhar).
- Hampir di setiap negeri di Malaysia ada sekolah menengah agama yang menawarkan peperiksaan STAM bagi yang berminat. Sila hubungi pejabat agama di negeri masing-masing. Saya mencadangkan anda mendaftar di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ipoh . Sila hubungi Ustaz Shahruzzaman 019 - 571 5334. Asrama disediakan.
- Hanya ada beberapa kolej di Malaysia yang menawarkan peperiksaan Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar. Diantaranya Kolej Insaniah (Alor Setar), MADEWA (Bagan Serai), UNITI (Port Dickson), KUDQI (Kuala Terengganu) dll.
- Universiti Al-Azhar tidak menerima kemasukan ke Post Graduate (Masters dan Ph.D) tuan puan dengan menggunakan ijazah Sarjana Muda dari sebarangan universiti apatah lagi bidang selain bidang Pengajian Islam berbahasa Arab.
- Sebaik anda memiliki sijil STAM atau Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar, sila hubungi Ustaz Fauzi 012 - 634 9066 untuk urusan keberangkatan ke Mesir pada bulan Julai setiap tahun.”
http://inijalanku.wordpress.com/about/diary-1989-1997/cara-ke-mesir-utk-belajar/
Salah satu kolej swasta yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Universiti Al-Azhar yang menawarkan laluan ini ialah Maahad Intisar di Kajang. Maahad ini boleh dihubungi melalui 03-87399211 atau 013-3927188 (Ust. Muharman).
Bagi saya laluan ini sangat menarik kerana pengajian kurikulum Maahad Al-Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar di kolej swasta dibuat secara intensif. Ini membolehkan seseorang pelajar mengambil peperiksaan STAM dalam bulan Oktober tahun yang sama keputusan SPMnya diumumkan.
Contohnya, melalui laluan intensif ini , pelajar SPM 2007 boleh menduduki STAM pada bulan Oktober 2008. Ini bermakna, ketika rakan-rakannya baru empat bulan mengikuti kuliah di pusat matrikulasi, pusat asasi atau program Diploma, pelajar STAM sudah menduduki peperiksaan utama kelayakan IPTnya.
Lulusan ST AM juga mempunyai peluang yang luas. Di samping ke Universiti Al-Azhar, sijil STAM juga diterima untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Fakulti pengajian Islam di Universiti tempatan seperti UIA , UK M, UM, KUIS, KUIM dan seumpamanya.
..bersambung ke Bahagian 4 akan menghuraikan mengenai laluan ketrampilan
Dr. Omar Yaakob Thu Mar 27, 2008 10:15 am

Recent Comments